fbpx

Pasukan dari England tetap harungi aksi pentas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL dijangka tetap akan meneruskan aksi menentang PSV bagi saingan Liga Europa di laman mereka sendiri Emirates pada Jumaat ini. – AFP

LONDON – Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang beraksi dalam saingan Eropah akan meneruskan latihan seperti biasa bagi mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah, Liga Europa dan Liga Konferens Europa pada minggu depan.

Sebagai rekod, aksi EPL pada minggu ini telah ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II kelmarin.

Namun, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenya­taan rasmi mengenai status perlawanan minggu depan sehingga menyaksikan pasukan-pasukan yang bertanding terpaksa me­lakukan latihan seperti biasa.

Empat wakil EPL yang beraksi di Liga Juara-Juara Eropah adalah Manchester City, Liverpool, Chelsea dan Tottenham Hotspur, manakala Manchester United dan Arsenal bersaing dalam kancah Liga Europa dan West Ham United untuk aksi Liga Konferens Europa.

Berdasarkan jadual perlawanan hanya City, Chelsea, Li­verpool dan Arsenal akan menganjurkan perlawanan di laman sendiri, manakala kelab-kelab lain dijadualkan beraksi di tempat lawan pada aksi minggu depan.

United telah mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan bertemu FC Sheriff di Stadium Bolshaya Sportivnaya Arena di Moldova akan tetap dijalankan seperti biasa selain menyeru penyokong untuk merancang perjalanan sebaik mungkin.

“Berdasarkan arahan terbaharu daripada kerajaan Britain, perlawanan Liga Europa bertemu FC Sheriff akan tetap dijalankan seperti biasa dan kami harap peminat dapat merancang perjalanan ke Moldova sebaiknya,” katanya.

Skuad The Gunners juga sudah mendapat lampu hijau daripada pihak polis untuk menganjurkan perlawanan di Stadium Emirates bertemu PSV Eindhoven pada awal pagi Jumaat depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI