fbpx

JPS Negeri Sembilan bina, naik taraf tujuh skim pengairan sawah padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (empat kanan) dan Saari (kanan) mengoca ikan pada program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

KUALA PILAH – Sebanyak tujuh skim pengairan bagi tujuan penanaman padi yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan kini dalam proses pelaksanaan pembinaan dan menaik taraf.

Pengarah JPS negeri, Ir. Saari Abdullah berkata, projek menerusi peruntukan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu bertujuan memastikan jaminan makanan negara itu sentiasa terpelihara.

“Skim Terachi antara yang diberi perhatian daripada keseluruhan skim-skim pengairan padi di Negeri Sembilan.

“Terdapat 14 skim pengairan kecil dengan keluasan 2,065 hektar di Negeri Sembilan di mana terdapat 12 skim pengairan yang masih aktif dengan aktiviti penanaman padi.

“Pada masa kini, tujuh skim pengairan yang berada di bawah seliaan JPS negeri sedang dalam pelaksanaan pembinaan bagi menaik taraf infrastruktur pengairan termasuklah Skim Pengairan Terachi Batu 14 di mana terletaknya lokasi Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Pesta Tarik Tali Ngoca sempena Sambutan Air Sungai Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Tapak Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi di sini hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Saari berkata, Pesta Tarik Tali Ngoca itu diadakan bagi mengimbau nostalgia aktiviti tradisional ‘mengoca’ iaitu menangkap ikan menggunakan tangan di sawah padi yang sinonim dengan penduduk di daerah ini.

“Ia juga bagi menggalakkan masyarakat menghargai serta memelihara kualiti air sungai bagi membolehkan mereka menikmati aktiviti seperti ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI