fbpx

Permulaan kepada era baharu monarki Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Charles akan menggunakan gelaran Raja Charles III - Getty Images

LONDON – Sebaik sahaja Ratu Elizabeth II menghembuskan nafas terakhir, takhta kerajaan terus diserahkan dan tanpa istiadat kepada pewarisnya, Charles yang merupakan bekas penyandang gelaran Prince of Wales.

Bagaimanapun terdapat beberapa langkah yang perlu baginda lalui untuk dimahkotakan sebagai Raja. 

Charles akan dikenali sebagai Raja Charles III.

Ia adalah keputusan pertama yang dibuat oleh baginda selepas mempunyai pilihan daripada empat namanya iaitu Charles Philip Arthur George.

Bukan Charles seorang sahaja yang berdepan pertukaran gelaran.

Walaupun beliau kini bergelar pewaris takhta, Putera William tidak akan mendapat gelaran Prince of Wales secara automatik. Gelaran itu akan dianugerahkan oleh Raja Charles III nanti.

Putera William bagaimanapun mewarisi gelaran bapanya iaitu Duke of Cornwall. Beliau dan isteri, Kate kini memakai gelaran Duke dan Duchess of Cornwall serta Cambridge.

Terdapat juga gelaran baharu untuk isteri Raja Charles III, Camilla yang kini dikenali sebagai Queen Consort.

Menurut jangkaan, Raja Charles III akan tabalkan sebagai Raja secara rasmi hari ini (Sabtu). Peristiwa tersebut akan berlangsung di Istana St James’s, London di hadapan lembaga istiadat dikenali sebagai Majlis Pertabalan.

Majlis berkenaan dianggotai oleh anggota Majlis Privi yang terdiri daripada wakil rakyat, kakitangan awam kanan, pesuruhjaya tinggi Komanwel dan Lord Mayor London.

Lebih 700 orang berhak untuk hadir tetapi disebabkan notis singkat, jumlah sebenar ahli yang hadir berkemungkinan besar jauh lebih sedikit.

Pada persidangan terakhir Majlis Pertabalan dalam tahun 1952, sekitar 200 orang telah hadir. 

Semasa sidang itu, kemangkatan Ratu Elizabeth II akan diumumkan oleh Lord Presiden Majlis Privi yang sekarang ini disandang oleh wakil rakyat Penny Mordaunt manakala proklamasi akan dibaca.

Proklamasi itu termasuk pujian kepada monarki terdahulu dan ikrar taat setia kepada penggantinya.

Proklamasi itu kemudian akan ditandatangani oleh Buskup Besar Canterbury, Lord Canselor dan Perdana Menteri.

Titik penting pertabalan adalah istiadat kemahkotaan apabila Charles dimahkotakan secara rasmi.

Oleh kerana persediaan rapi perlu dibuat, istiadat kemahkotaan tidak akan berlangsung dengan segera selepas pertabalan Charles.

Bondanya, Ratu Elizabeth  II menaiki takhta pada Februari 1952 tetapi hanya dimahkotakan pada Jun 1953.

Sejak 900 tahun lalu istiadat kemahkotaan telah diadakan secara turun temurun di Westminster Abbey. 

William the Conqueror adalah monarki pertama yang dimahkotakan di sana, manakala Charles akan menjadi monarki yang ke 40.

Terdahulu, anggota keluarga diraja Britain yang paling rapat dengan Ratu Elizabeth II telah berkumpul di Istana Balmoral selepas keadaan kesihatan monarki berkenaan menjadi bertambah buruk malam semalam.

Ratu Elizabeth II menaiki takhta dalam tahun 1952 dan menjadi saksi kepada perubahan sosial yang ketara.

“Saya sedar pemergian baginda akan dirasai di seluruh negara ini, rantau Komanwel dan oleh penduduk di serata dunia,” kata Raja Charles III.

Dalam satu kenyataan, Istana Buckingham berkata: “Ratu Elizabeth II meninggal dunia dengan aman di Balmoral tengahari ini (semalam).”

Semua anak mendiang melakukan perjalanan ke Balmoral, dekat Aberdeen selepas sepasukan doktor meletakkan Ratu Elizabeth II di bawah pengawasan perubatan.

Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun dan merupakan monarki Britain yang paling lama bertakhta iaitu selama 70 tahun.

Monarki berkenaan meninggalkan empat orang anak, lapan cucu dan 12 cicit. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI