fbpx

Padah bawa bot penumpang tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua termasuk lelaki yang ditahan dalam kejadian itu

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki mengendalikan bot penumpang tanpa lesen membawa padah apabila ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Tanjung Harapan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi, turut ditahan adalah seorang wanita tempatan yang merupakan penumpang bot itu. Kedua-dua mereka berusia 57 dan 49 tahun.

Difahamkan semasa kejadian bot tersebut dalam perjalanan ke Pulau Ketam.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten V. Siva Kumar berkata, penahanan bot tidak mempunyai nombor pendaftaran dilakukan hasil rutin Op Ehsan di perairan Selangor.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bot itu dikendalikan seorang lelaki berusia 57 tahun gagal mengemukakan sebarang
dokumen.

“Dia disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mempamerkan lesen bot.

“Selain itu, tiada kelayakan sebagai nahkoda daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kedua-dua suspek serta bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat maritim Selangor untuk siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI