JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita sanggup membelanjakan wang untuk membeli alat solek daripada membeli makanan, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @idemenuhariini.
Rakaman menunjukkan sebuah meja dipenuhi dengan alat solek mahal.
Sebuah pinggan hijau diletakkan di hadapan alat solek tersebut. Wanita itu menjamah makanan yang dihidangkan dengan hanya nasi putih, garam halus dan hirisan timun.
Wanita itu kemudian menunjukkan alat-alat solek di hadapannya sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Pilihan masing-masing yang penting tidak menyusahkan orang,” kata seorang netizen.
“Bagi prinsip saya, makanan adalah nombor satu,” komen netizen lain. – Agensi