fbpx

Naib Presiden Indonesia jelaskan subsidi BBM diubah jadi bantuan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Ma’aruf, subsidi BBM sebelum ini tidak memanfaatkan golongan miskin. - Liputan6

JAKARTA – Naib Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin menjelaskan kenaikan harga minyak (BBM) sebenarnya dilakukan bagi menyusun pemberian subsidi yang sebelum ini tidak menepati sasaran, lapor laman berita Liputan6 kelmarin.

Beliau turut menyatakan ia bukan kenaikan tetapi penyelarasan kepada normalisasi harga ekonomi.

“Bahan api sebenarnya tidak sepatutnya disubsidi tetapi subsidi itu kini ditukar dalam bentuk bantuan sosial kepada masyarakat,” kata Ma’ruf.

Ma’ruf berkata sebelum ini, subsidi bahan api tidak disasarkan dengan baik atau tidak dinikmati oleh golongan miskin. 

Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menyusun semula harga pasaran yang dilihat oleh rakyat sebagai kenaikan harga.

Selain itu, Ma’ruf berharap bantuan sosial BBM dapat mengelak peningkatan golongan miskin atau kemiskinan tegar di Indonesia.

Tambahnya, kerajaan tidak boleh lagi menambah subsidi bahan api kerana ia akan membahayakan Belanjawan Hasil dan Perbelanjaan Negeri (APBN).

“Jika subsidi dinaikkan, ia akan membahayakan belanjawan negara,” kata Ma’ruf.

Ketika ini, kata Ma’ruf, kerajaan sedang memikirkan bagaimana bahan api bersubsidi boleh diteruskan tanpa mengganggu belanjawan negeri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI