fbpx

Mahkamah: Ahli perniagaan didakwa tipu Datin Seri RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang Datin Seri berhubung pelaburan dana Islamik membabitkan jumlah RM150,000, lima tahun lepas.

Tertuduh Calvin Damian Wong, 30, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Mengikut pertuduhan, Calvin didakwa menipu seorang Datin Seri berusia 58 tahun dengan memperdayakan mangsa dalam pelaburan PIOF (Public Mutual) dengan pulangan tinggi.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang RM150,000 melalui cek ke akaun syarikat tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di pusat membeli belah di sini pukul 7 malam pada 25 April 2017 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Ishak menawarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin

Tarikh 12 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI