fbpx

M. Daud Kilau mohon doa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini M. Daud Kilau di Hospital Teluk Intan hari ini. - Foto AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN – Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau memohon agar para peminatnya mendoakan agar kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

Menurutnya, dia kini bergantung kepada bantuan alat pernafasan memandangkan dirinya masih berada dalam keadaan lemah di Hospital Teluk Intan.

“Harap para peminat dapat mendoakan saya agar pulih semula seperti sebelum ini. Sesiapa yang nak melawat, bolehlah datang ke rumah lepas saya pulang nanti,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi hidungnya untuk mengisi perut dan mengakui berasa lapar serta rindukan masakan isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 62.

“Saya rasa lapar sangat. Biasanya di rumah isteri sediakan sarapan dan makanan tengah hari tetapi kini hanya bergantung kepada susu sahaja serta bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Rohani berkata, ramai dalam kalangan ahli keluarganya yang datang mengunjungi suaminya, bahkan ada yang menetap di inap desa berhampiran hospital tersebut.

“Begitu juga dengan para peminatnya, mereka tak putus-putus menghubungi bagi mendapatkan perkembangan terkini dirinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI