JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki membuka pintu peti sejuk yang menuju ke tandas di sebuah rumah, lapor laman berita Suara.com.
Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @suralokahabitat.
Lelaki itu menunjukkan kreativitinya setelah berjaya memanfaatkan bahagian peti sejuk yang rosak.
Peti sejuk itu kelihatan dilekatkan pada dinding sebuah rumah yang belum siap dibina sepenuhnya.
Apabila lelaki itu membukanya, beberapa rakannya terkejut apabila sangkaan mereka untuk melihat bahagian dalam peti ais bertukar menjadi ruang di dalam sebuah tandas.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kalau tetamu mahu ke bilik air, memang mengelirukan,” kata seorang netizen.
“Macam mana nak kunci, kalau buang air besar tetapi dibuka dari luar,” komen netizen lain. – Agensi














