fbpx

30 peratus eksekutif kanan alami kesunyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rangkaian Global Eksekutif (EGN), sebuah rangkaian ahli eksekutif berasaskan rakan sebaya, melaporkan bahawa seramai 30 peratus daripada eksekutif kanan mengalami kesunyian dan peratusan tersebut meningkat hampir dua kali ganda sehingga 59 peratus pada bulan Disember tahun 2020.

Statistik itu diperoleh melalui tinjauan EGN di pejabatnya di Singapura.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan EGN Malaysia, Nick Jonsson berkata, tidak mudah bagi eksekutif kanan mencari pasangan untuk berkongsi masalah dan pemahaman.

Sehubungan itu, pihaknya te­lah menyediakan satu keperluan platform rangkaian rakan sebaya yang dapat memudahkan mereka bertukar pengetahuan dan idea bersesuaian bagi kumpulan pengurusan tertinggi.

Menurut beliau, EGN yang mewakili lebih daripada 8,000 syarikat dan 70 kerjaya dari 14 buah negara itu menawarkan peluang kepada eksekutif kanan untuk berhubung dengan pe­mimpin industri dari pasaran lain.

Mereka juga belajar di luar persekitaran biasa dan me­ngukuhkan sistem kepimpinan, sambil membuktikan terdapat ruang yang selamat untuk pem­belajaran, kerjasama dan akaun­tabiliti.

“Melalui rangkaian eksekutif rakan sebaya tersebut, EGN ­menyokong para pemimpin perniagaan untuk tidak lagi bersendirian kerana mereka kini boleh menimba ilmu daripada pengalaman orang lain dan belajar daripada rakan sebaya, be­kerja untuk syarikat bersaiz serupa dengan skala, cabaran serta masalah yang serupa,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Pengasas Bersama EGN Malaysia, Dona Amelia menerangkan, ahli EGN berpeluang menghadiri enam pertemuan tahunan berkumpulan sebaya secara bersemuka, 12 acara bersilang fungsi bersemuka, 24 me­syuarat bersilang fungsi maya dan empat acara rangkaian.

Selain itu, setiap kumpulan rakan sebaya dikumpulkan oleh perunding EGN berpengalaman EGN untuk memastikan mereka sepadan dengan tahap disiplin profesional.

“Selain itu, kami tidak membenarkan aktiviti penjualan dalam mana-mana sesi dan aktiviti hanya tertumpu kepada perkongsian ilmu dan kerjasama semata-mata,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI