fbpx

WHO isytihar kesunyian ancaman kesihatan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Untuk menghindari rakan dan keluarga mengalami kesunyian, cuba melawat mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan. - Shutterstock

GENEVA, Switzerland – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kesunyian sebagai ancaman kesihatan global, manakala pakar-pakar bedah Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa bahaya kesunyian adalah sama seperti menghisap 15 batang rokok sehari, lapor akhbar The Guardian semalam.

WHO menubuhkan sebuah suruhanjaya mengenai masalah itu diketuai oleh pakar bedah AS, Dr. Vivek Murthy. Ahli panel lain termasuk utusan belia Kesatuan Afrika, Chido Mpemba, 11 peguam bela dan menteri kerajaan, menteri perubahan iklim Vanuatu, Ralph Regenvanu dan menteri yang menangani masalah kesunyian di Jepun, Ayuko Kato.

Masalah itu muncul selepas pandemik Covid-19 mengekang aktiviti ekonomi dan sosial di seluruh dunia dan meningkatkan tahap kesunyian manusia.  

“Kesunyian merentasi sempadan dan menjadi kebimbangan kesihatan awam global yang menjejaskan setiap aspek kesihatan, kesejahteraan dan pembangunan. Pengasingan sosial tidak mengenal usia atau sempadan,” kata Mpemba.

Tambah Murthy pula, risiko kesunyian kepada kesihatan adalah menyamai tabiat buruk merokok sehingga 15 batang sehari dan lebih besar daripada penyakit berkaitan obesiti.

Walaupun kesunyian sering dilihat sebagai masalah di negara maju, Murthy berkata, kesunyian menjejaskan satu dalam setiap empat warga emas  di seluruh dunia.

Pada orang dewasa yang lebih tua, kesunyian dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia sebanyak 50 peratus dan risiko penyakit arteri koronari atau strok sebanyak 30 peratus.

Dalam pada itu, kesunyian juga merosakkan kehidupan remaja dengan angka antara 5 hingga 15 peratus. 

Di Benua Afrika, sejumlah 12.7 peratus remaja mengalami kesunyian berbanding 5.3 peratus di Eropah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI