fbpx

Perhilitan tangkap gajah liar rosakkan tanaman penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH liar yang ditangkap Perhilitan Perak di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang, Gerik semalam.

GERIK – Seekor gajah jantan liar yang merosakkan tanaman penduduk di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang di sini sejak Januari lalu, berjaya ditangkap semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah dewasa itu dianggarkan berusia 20 tahun.

“Kita menerima aduan sejak Januari lalu daripada penduduk berkaitan ladang mereka diceroboh gajah dengan banyak pokok sawit dan getah dirosakkan mamalia berkenaan.

“Sehubungan itu, Perhilitan melalui Unit Tangkapan Gajah (UTG) telah membuat pemantauan dan kawalan di kampung tersebut sebelum berjaya menangkap haiwan liar itu semalam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, gajah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian dalam masa terdekat.

Sementara itu, mengulas mengenai lebih 25 ekor gajah liar dipercayai bergerak dalam kumpulan di sekitar kawasan itu, beliau berkata, kakitangan UTG dihantar bagi membuat pemantauan.

“Operasi menghalau juga dilakukan bagi memastikan haiwan liar itu kembali ke habitat asal sekali gus mengekang ia kembali ke penempatan manusia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI