fbpx

3 projek pembangunan Pantai Timur diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kanan) melihat hasil kraftangan yang dijual di Laman Warisan Kampung Laut, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan tiga projek utama di negeri Pantai Timur dalam usaha untuk membangunkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Majlis Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Bilangan 2/2022 Bilangan 2/2022 pagi tadi.

Menurutnya, tiga projek itu melibatkan pembinaan Jambatan Sungai Golok dan Pengkalan Kubor-Tak Bai, Thailand di Kelantan, Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 3 (Terengganu) dan projek pelebaran Lebuh Raya Kuantan – Segamat, Fasa 2 (Pahang).

“Projek LPT Fasa 3 itu melibatkan jajaran sejauh 147 kilometer (km) bermula dari Gemuruh di Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan.

“Selain itu, kerajaan telah bersetuju untuk melebarkan jalan projek Lebuh Raya Kuantan – Segamat, Fasa 2 sejauh 51 km dari Runchang ke Simpang 3 Keratong di Pahang,” katanya semasa berucap semasa Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut meluluskan perbelanjaan berjumlah RM897 juta untuk Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 di sini.

Katanya, kelulusan kesemua projek itu menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan berlaku adil kepada semua negeri.

Mengulas mengenai ECERDC, beliau berkata, projek itu telah berjaya menarik sebanyak RM13 bilion pelaburan yang komited sehingga 31 Ogos lalu yang kini menghampiri sasaran pelaburan iaitu sebanyak RM14 bilion.

Ujarnya, jumlah itu sekali gus bakal menjana sebanyak 7,080 peluang pekerjaan dan hampir 300 peluang perniagaan.

“Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang terdiri daripada Laman Warisan Serunding, Laman Warisan Seni dan pemindahan Masjid Lama Kampung Laut.

“Laman Warisan Kampung Laut kini telah menjadi satu destinasi wajib singgah oleh pengunjung-pengunjung di Kelantankhususnya di Kota Bharu.

“Laman ini juga memberi peluang kepada karyawan- karyawan seni tempatan untuk memasarkan hasil tangan seperti batik, wau dan barangan kraftangan kepada para pengunjung di samping terus mengekalkan budaya seni dan kraftangan Melayu dalam kalangan generasi muda,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI