fbpx

Terengganu jamin sektor pertanian terima peruntukan lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyampaikan insentif kepada wakil PPK Maras yang cemerlang pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu kali ke-48 di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan terus memberi tumpuan terhadap sektor pertanian dan agro makanan demi kelangsungan sekuriti makanan negara.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dua sektor itu dijamin akan terus menerima peruntukan besar pada pembentangan Bajet 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri tidak lama lagi.

“Kita mahu merealisasikan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019 – 2023
supaya bekalan makanan negeri sentiasa mencukupi sekal gus mengurangkan kebergantungan produk import.

“Sehubungan itu, saya beri jaminan dan komitmen peruntukan sektor pertanian dan agro makanan bagi tahun 2023 akan lebih besar dari tahun ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu kali ke-48 di sini hari ini.

Sektor pertanian dan agro makanan Terengganu telah menerima peruntukan RM7.43 juta pada tahun ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri Terengganu amat serius dalam usaha memperkasakan industri perladangan, penternakan, perikanan dan sektor agro makanan.

Dalam perkembangan sama, beliau menyeru lebih ramai anak muda menceburi bidang pertanian agar menjadi pelapis dan pemain dalam bidang pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI