fbpx

Piala FA: Sanusi sokong Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (empat dari kiri) bersama kontinjen karate yang akan bersaing dalam Sukma 2022 di Kuala Lumpur.

ALOR SETAR – Tanpa berselindung, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini menyatakan sokongan ke atas Terengganu FC dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala FA 2022, Sabtu ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, antara sebab beliau berbuat demikian adalah kerana isterinya berasal dari Terengganu.

Selain itu, katanya, beliau turut percaya rakyat Malaysia akan menyokong Terengganu FC dalam perlawanan akhir itu nanti.

“Saya sokong Terengganu sebab isteri berasal dari sana. Setakat ini, saya belum berkahwin dengan orang Johor dan orang biasa macam saya sentiasa menyokong pasukan ‘underdog’.

“Rasanya semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu FC dan kalau tak percaya, kita tunggu. Orang Johor sahaja sokong Johor dan negeri lain, semua Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menyarung jersi Terengganu FC.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai cakap-cakap dalam kalangan peminat bola sepak tanah air mengenai sokongan Muhammad Sanusi terhadap Terengganu FC.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, beliau akan menerima ketentuan sekiranya Terengganu FC tewas kepada JDT nanti.

“Saya akan terima dengan berlapang dada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI