fbpx

OPR naik kali ketiga berturut-turut tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ini adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut pada tahun ini yang mana pada bulan Julai, kadar penanda aras pinjaman dan simpanan itu dinaikkan kepada 2.25 peratus, 2.00 peratus pada bulan Mei dan pada bulan Mac, ia berada pada kadar terendah iaitu 1.75 peratus setahun.

Menurut bank pusat dalam kenyataannya, pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“ MPC tidak membuat sebarang ketetapan awal serta akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. 

“Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil,” katanya.

Selain itu, BNM menjelaskan, bagi ekonomi Malaysia, peralihan ke fasa endemik dan langkah-langkah dasar telah menyumbang kepada prestasi pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku kedua tahun 2022. 

Pada masa hadapan, penunjuk menunjukkan pertumbuhan yang berterusan, disokong oleh perbelanjaan sektor swasta. 

Keadaan pasaran pekerja dan prospek pendapatan terus positif, dengan pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) terus berkurang. 

Pembukaan semula sempadan antarabangsa pula akan meningkatkan sektor berkaitan pelancongan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI