fbpx

M. Daud Kilau masuk hospital malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Daud Kilau kini sedang dirawat di Wad 3B, Hospital Teluk Intan. Foto AIN SAFRE BIDIN

TELUK INTAN – Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) malam semalam selepas mengadu sesak nafas.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cek Mek Molek itu sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah kesihatan kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil.

Isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, 62, berkata, suaminya itu mengadu mengalami sesak nafas sejak malam semalam dan mereka telah menghubungi klinik berhampiran sebelum dia dibawa ke HTI untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Apabila mendapatkan rawatan di kecemasan, doktor mengesahkan dia mempunyai masalah paru-paru berair. Suami masih berada dalam keadaan lemah dan tidak boleh bercakap lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rohani juga megharapkan orang ramai supaya mendoakan kesihatan suaminya yang berdepan masalah kesihatan sejak lima tahun lalu.

“Keadaan Datuk agak lemah serta tidak berapa stabil dan tidak boleh bercakap. Harap para peminatnya mendoakan agar dia segera pulih dan kembali sihat seperti sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI