fbpx

DPR Indonesia janji bincang isu harga petrol dengan pemerintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puan Maharani berjanji akan menyampaikan semua aduan rakyat mengenai kenaikan harga BBM kepada pemerintah. - Liputan6

JAKARTA – Pengerusi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Puan Maharani berjanji meneliti semua aduan rakyat berhubung kenaikan harga minyak bahan bakar bersubsidi (BBM), lapor laman berita Liputan6 semalam.

Beliau berkata, DPR akan memberi fokus utama kepada isu yang kini menjadi punca kewujudan beberapa siri demonstrasi di seluruh Indonesia.

“Kita akan mendengar dan menyampaikan mandat yang disampaikan rakyat kepada pemerintah.

“Selain itu, DPR juga meminta pemerintah memandang serius mengenai pelarasan harga bahan api ini. Jangan menyusahkan rakyat atau menambahkan beban sedia ada,” kata Puan Maharani.

Selain itu, beliau berharap agar bantuan tunai terus (BLT) yang disediakan pemerintah hasil daripada kenaikan harga bahan api menepati sasaran.

Beliau turut meminta agar kementerian berkaitan dapat memantau dengan rapi penyaluran bantuan tersebut.

“Kami berharap tujuan BTL ini tepat mengenai sasaran dan berguna kepada masyarakat serta tiada pihak yang layak menerimanya ketinggalan daripada menerima bantuan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI