fbpx

Warga Malaysia di Pakistan diminta jauhi zon banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di hadapan jalan yang rosak akibat banjir berikutan hujan monsun lebat di kawasan Madian di utara Lembah Swat di Pakistan baru-baru ini - AFP

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad menasihatkan rakyat negara ini supaya menjauhi kawasan terjejas tragedi banjir di sebahagian Pakistan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Menurut kenyataan pejabat perwakilan diplomatik itu, antara zon bencana terbabit turut melibatkan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Sindh dan Balochistan.

“Jika anda berada di Pakistan pada masa ini, sila jauhi lokasi itu serta sentiasa berwaspada dan memantau berita domestik semasa selain laporan cuaca terkini.

“Meskipun ada kawasan telah surut, namun terdapat risiko penyakit bawaan air serta jangkitan demam denggi sangat tinggi,” katanya tadi.

Kata kenyataan itu, kemudahan rawatan di sana juga terhad dan pihaknya menasihatkan agar sebarang perjalanan tidak penting seperti pelancongan ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih.

“Pakistan ketika ini masih mengalami hujan monsun tidak normal dengan taburan direkodkan hampir tiga kali ganda daripada purata 30 tahun lalu,” jelasnya.

Setakat ini, lebih 1,500 penduduk maut akibat banjir itu sejak 14 Jun lalu manakala hampir 13,000 orang cedera selain lebih 630,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Rakyat Malaysia berdepan masalah, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia menerusi e-mel [email protected] atau talian kecemasan khas +0344 855-5590. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI