fbpx

Dua remaja maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di Jalan Kampung Dalam Wang, Baling semalam.

BALING – Dua remaja maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kejadian di Jalan Kampung Dalam Wang, Jalan Batu 42 – Tanjung Pari di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam itu, mangsa, Aieman Hakhiem Mohd. Faiz, 15, maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal, Fauzan Azim Yazid, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan mendapati mangsa, Aieman Hakhiem yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz datang dari arah Tanjung Pari dan menghala ke arah Batu 42.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, Fauzan Azim yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah bertentangan telah masuk ke laluan mangsa pertama dan mengakibatkan perlanggaran,” katanya sini hari ini.

Katanya, kemalangan mengakibatkan Aieman Hakhiem, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bongor meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara Fauzan Azim meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling,” ujarnya.

Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI