fbpx

Banduan penjara Korea Utara didakwa mati kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peraturan telah dilonggarkan sedikit di kem penjara selepas kritikan antarabangsa pada tahun 2015 tetapi diperketatkan lagi kerana Covid-19. – Mail online

PYONGYANG – Berpuluh-puluh banduan Korea Utara didakwa mati kelaparan di beberapa kem buruh akibat peraturan ketat Covid-19 oleh Pemimpin Tertinggi, Kim Jong-un yang menghalang mereka daripada mendapat makanan, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Penjara Kaechon di wilayah Pyongan Selatan menyediakan makanan untuk banduan, namun ia tidak mencukupi. Ini kerana banduan terpaksa melakukan kerja berat pada setiap hari. 

Mereka bertahan di kem itu dengan bergantung kepada keluarga yang membawa makanan tambahan apabila melawat.

Wabak virus Covid-19 menyebabkan Korea Utara mengisytiharkan ‘kecemasan maksimum negara’ pada Mei lalu.

Menurut Radio Free Asia (RFA), semasa pengisytiharan itu, keluarga yang tinggal jauh dari penjara tidak dapat melawat. Kekangan tersebut menyebabkan kes kekurangan zat makanan meningkat dalam kalangan mereka yang berada di penjara sehingga mengakibatkan kematian 20 wanita.

“Minggu lalu, saya melawat kakak saya di Penjara Kaechon dan dia memberitahu saya 20 banduan wanita mati akibat kekurangan zat makanan dan bekerja keras,” kata seorang sumber kepada RFA. 

Sumber itu menambah bahawa sebelum wabak itu, tiga atau empat banduan meninggal dunia setiap bulan.

“Masih terdapat kira-kira 50 banduan yang disahkan mengalami kekurangan zat makanan di penjara wanita dan mereka diasingkan ke dalam kumpulan banduan yang sakit,” jelasnya. 

Banduan juga dikatakan tidak boleh bangun atau duduk dan kelihatan seperti sedang menunggu untuk mati. Sumber itu menjelaskan bahawa pengawal ditugaskan untuk memasuki penjara dan melonggokkan mayat di satu sudut apabila berlaku kematian. 

Banduan kemudian perlu mengangkut mayat di atas tandu untuk dikebumikan di kawasan pergunungan di belakang penjara pada akhir setiap bulan. 

Pihak penjara dikatakan hanya menyediakan sebiji bebola nasi kepada banduan setiap hari, tidak cukup untuk mereka bertahan dengan sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI