fbpx

Tiket konsert Ungu laris, penganjur tambah sehari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Ungu ditambah sehari lagi iaitu pada 19 November depan selepas mendapat sambutan hangat peminat di sini.

PETALING JAYA – Atas sambutan luar biasa daripada peminat, Star Planet selaku penganjur mengumumkan akan menambah sehari lagi untuk konsert ulang tahun ke-26 kumpulan popular Indonesia, Ungu.

Konsert kumpulan itu sepatutnya dianjurkan pada 18 November depan bertempat di STAR Convention &
Exhibition Centre, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, sejak penjualan tiket dibuka pada 30 Ogos lalu, lebih 85 peratus laris dijual dalam masa kurang sejam.

Justeru, penganjur membuka peluang untuk lebih ramai peminat menikmati persembahan mega Ungu dengan menambah tarikh pada 19 November.

“Kami amat berbesar hati dan mengharapkan dengan penambahan tarikh untuk persembahan Ungu ini dapat menggembirakan semua peminat setia mereka.

“Untuk membeli tiket konsert hari kedua, peminat boleh melakukannya pada hari esok, bermula pukul 12 tengah hari,” kata Star Planet.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my yang dijual pada harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598.

Ditubuhkan pada 1996, kumpulan itu yang terdiri daripada Pasha selaku vokalis, Enda dan Oncy (pemain gitar), Makki (bass) serta Rowman (dram) mencipta populariti bukan hanya di negara sendiri bahkan Malaysia.

Ungu pernah mencipta fenomena menerusi deretan lagu hit mereka seperti Demi Waktu, Tercipta Untukku, Andai Ku Tahu, Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati.

Bahkan pada 2005, album mereka yang berjudul Melayang mencapai kejayaan besar dan diterima baik sehingga meletakkan kumpulan itu sebagai superstar antarabangsa dan mencapai populariti luar biasa sehingga ke benua Asia.

Ungu pernah dicalonkan untuk kategori Kumpulan Muzik Terbaik dalam Anugerah Muzik Asia MTV pada 2006 dengan rakaman single, Demi Waktu yang terkandung dalam album berkenaan.

Bukan itu sahaja, album studio ketujuh mereka berjudul Mozaik yang dikeluarkan pada 2015 laris terjual lebih 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Album Platinum. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI