fbpx

Jiung kena cirit-birit, peminat yang rasa ‘malu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIUNG

KADANGKALA, kehendak peminat sering tidak selari dengan tindakan yang dilakukan oleh syarikat pengurusan yang menguruskan artis kegemaran mereka.

Contohnya yang berlaku terhadap penyanyi Jiung apabila baru-baru ini, dia diumumkan terpaksa berehat kerana mengalami masalah kesihatan.

Penyanyi kumpulan P1Harmony itu mengalami cirit-birit dan muntah sehingga terpaksa membatalkan kehadiran ke acara bertemu peminat sempena promosi album mini keempat mereka, Harmony: Zero In.

Malangnya, perkongsian tersebut tidak disenangi ramai.

Dakwa peminat, sepatutnya tidak perlu memberikan maklumat terperinci terhadap sakit yang dihadapi Jiung kerana perbuatan tersebut tidak menghormati privasinya selaku artis.

Biarpun begitu, ada peminat lain yang berbalah dengan mengatakan, seeloknya diberitahu kerana ingin mengelak spekulasi tidak baik terhadap Jiung.

“Mereka fikir artis idola tak kena cirit birit ke?” perli seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI