fbpx

2 pelajar sekolah, kelindan lori dicekup kes rogol, liwat remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Polis menerima tiga laporan berhubung tiga kes rogol dan liwat melibatkan tiga remaja perempuan yang merupakan pelajar sekolah menengah di daerah ini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, laporan itu diterima pada Jumaat dan Sabtu lalu dengan dua kejadian berlaku di kawasan sekolah yang sama, namun melibatkan mangsa dan suspek berbeza.

“Susulan itu, polis telah menahan ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun dengan dua daripadanya merupakan pelajar sekolah menengah manakala seorang lagi kelindan lori.

“Siasatan mendapati, kejadian rogol dan liwat itu dipercayai dilakukan secara sukarela oleh ketiga-tiga mangsa bersama kekasih masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd. Rosdi, ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI