fbpx

1,486 kes Covid-19, 5 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan penurunan kepada 1,486 kes semalam dengan dua kes import dilaporkan berbanding 1,904 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,754,846 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,415 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 27,546 kes.

Sejumlah 2,897 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,729,147 orang.

Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 340 kes diikuti Selangor (315), Sabah (159), Perak (111), Sarawak (71), Johor (70), Pulau Pinang (65), Kelantan (64), Kedah (62) dan Melaka (59).

Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang (50), Terengganu (46), Negeri Sembilan (37), Putrajaya (30) dan Perlis (tujuh) manakala tiada kes jangkitan dilaporkan di Labuan ,” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,249 dan BID 7,705.

Sebanyak 26,154 kes dikuarantin di rumah, 16 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,297 kes di hospital, 36 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 43 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI