fbpx

Lelaki ditahan disyaki mengekori, cuba pegang remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengekori remaja perempuan sehingga ke rumahnya dan cuba memegang mangsa dalam kejadian di Taman Dagang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa berusia 17 tahun memaklumkan dia diekori suspek berusia 32 tahun dari tempat letak kereta di lokasi berkenaan sehingga ke rumahnya pada pukul 3.45 petang.

“Semasa menaiki tangga di blok rumahnya, suspek mengekori mangsa secara rapat dan cuba untuk memegang remaja terbabit sebelum dia terus melarikan diri dengan memanggil kakaknya.

“Suspek kemudian membuat kacau di hadapan rumah remaja itu sebelum mangsa meminta bantuan tunang kakaknya yang menahan suspek dan menghubungi polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, polis kemudian menahan suspek di lokasi kejadian pada pukul 4.20 petang, kelmarin.

Jelasnya, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga 7 September ini di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI