fbpx

Bapa pelakon remaja popular lapor polis isu gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan popular membuat laporan polis susulan aktres itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual termasuk menyuruh menonton video lucah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon itu mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya seawal usia lima tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki terbabit telah membuat laporan polis berkaitan tuduhan itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI