fbpx

Pasangan suami isteri ditahan disyaki mencabul, ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi rumah kedai dipercayai berlaku kejadian cabul dan ugutan di Taman Putra, Ampang kelmarin.

AMPANG – Pasangan suami isteri warga asing ditahan gara-gara disyaki cuba melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak serta mengugut bunuh ibu mangsa dalam kejadian di Taman Putra, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, bapa mangsa berusia 42 tahun dimaklumkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun dicabul lelaki warga Myanmar itu dan beberapa kali diintai ketika mandi.

“Suspek cuba meraba buah dada kanak-kanak terbabit dan beberapa kali telah diintai ketika mandi susulan mereka berkongsi bilik mandi kerana menyewa bilik di rumah kedai terbabit.

“Isteri pengadu juga dipercayai menerima ugutan daripada isteri suspek yang mengugut untuk membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa telah mengganggu suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Farouk, mangsa mendakwa telah diganggu secara fizikal dan mental sejak bulan lepas.

Susulan itu, polis menahan pasangan suami isteri berkenaan yang merupakan seorang lelaki Myanmar dan wanita warga Indonesia masing-masing berusia 35 dan 54 tahun yang bekerja sebagai buruh serta pembantu kedai, awal pagi semalam.

“Kedua-dua suspek kini direman selama empat hari bermula semalam di bawah Seksyen 354 dan 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI