fbpx
‘Pulau’ sampah plastik yang dirakam di sebuah lokasi di Lautan Pasifik. - Chile Today

Enam negara penyumbang utama sampah plastik di Lautan Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa 90 peratus plastik ‘sampah’ terapung luas di Lautan Pasifik berasal dari hanya enam negara, lapor  laman berita Wion News kelmarin.

Dalam penyelidikan baharu itu, pasukan penyelidik yang bekerja untuk projek  Pembersihan Lautan dan Universiti Wageningen, Belanda menganalisis sekitar 573 kilogram serpihan plastik keras yang dikumpul dengan bantuan daripada organisasi The Ocean Cleanup pada 2019.

Kajian tersebut menyatakan bahawa kebanyakan tompok sampah berasal daripada  penangkapan ikan berlebihan di dua negara iaitu Jepun dan China.

Zon pengumpulan dirujuk sebagai Tampalan Sampah Pasifik Utara (NPGP).

Mengikut pengiraan oleh penyelidik, sampah di NPGP adalah 10 kali ganda berkemungkinan berasal daripada aktiviti menangkap ikan.

Mereka mendapati bahawa lebih satu perempat daripada serpihan itu adalah daripada ‘alat menangkap ikan seperti pukat yang terbiar, hilang atau dibuang’ (dikenali sebagai ALDFG).

Kumpulan  penyelidik itu  juga berjaya mengesan nama negara yang bertanggungjawab ke atas sebanyak 232 objek ALDFG.

Mengikut kajian, peratusan terbesar adalah dari Jepun iaitu 33.6 peratus diikuti China (32.3 peratus),  Korea Selatan (9.9 peratus), Amerika Syarikat (6.5 peratus),Taiwan pada 5.6 (peratus) dan Kanada (4.7 peratus).

Hasil kajian menyebut bahawa permukaan lautan subtropika di Lautan Pasifik Utara kini diliputi dengan puluhan ribu tan serpihan plastik terapung. – Agensi

POPULAR