fbpx

Dah ‘besar kepala’, Meerqeen sukar beri kerjasama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN

BARU-BARU ini, ada teman seindustri Diva mengadu bahawa pelakon meningkat naik, Meerqeen semakin besar kepala dan sukar hendak dihubungi.

Menurut teman Diva, pelakon yang meledak menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu melayannya acuh tidak acuh sahaja ketika dihubungi.

Geram sangat katanya apabila pihak Meerqeen seperti enggan bekerjasama dan seolah-olah beri bayangan seperti tidak mahu diganggu.

Kata teman Diva lagi, jika tak mahu diganggu atau enggan beri komen, lebih baik beritahu awal-awal supaya tidak memberi harapan kepada orang lain.

Harap apa yang berlaku itu bersebab seperti keletihan terlampau atau sedang dalam penggambaran. Jika disengajakan, memang tidak eloklah perangai begitu memandangkan nama pun sedang meningkat naik.

DIVA: Teringat pula gelagat seorang artis yang beri alasan nak buang air kecil kerana mengelak mengulas gosip tentangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI