fbpx

Berhenti menuntut ilmu punca perniagaan gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NORFAHIDA (belakang, kot putih) bersama pasukan Ansflorist berhasrat menambah kakitangan selari dengan pertumbuhan syarikat.

KUALA LUMPUR – Berhenti menimba ilmu membuatkan bisnes Siti Norfahida Ahmad terpaksa gulung tikar.

Pengasas Ansflorist Home Decor, yang menawarkan perkhidmatan dekorasi dan hiasan itu berkata, keadaan tersebut berlaku setelah beliau melakukan kesilapan demi kesilapan kerana kurang pengetahuan dan bimbingan pakar.

“Saya rugi masa, duit, tertipu, tak kenal pembekal, tak tahu pesaing dan tak kenal pelanggan,” jelasnya.

Menyedari komitmen tinggi diperlukan dalam perniagaan, Siti Norfahida mengambil keputusan untuk bangkit dan berguru semula.

“Suami saya menghubungi RichWorks dan tahu saya suka belajar dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Memandangkan jualan syarikat ketika itu sekitar RM50,000 hingga RM70,000, saya menyertai program pementoran Spire,” ujarnya.

Pada bulan kedua dalam Spire, syarikatnya berjaya memecahkan rekod jualan bulanan yang selama ini statik dan hanya akan naik pada musim perayaan tertentu.

Bekas penjawat awam ini kemudiannya mengorak langkah menyertai program pementoran Titanium dan mencatat jualan RM1.6 juta pada 2021.

“Daripada dua orang petugas, kini Ansflorist mempunyai 10 orang kakitangan dan sedang dalam proses menambah bilangan pekerja,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan produk yang ditawarkan, anda boleh ke laman sesawang www.ansflorists.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI