fbpx

Remaja mangsa buli terima pampasan RM4.48 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eleri Irons (tengah) berusia 13 tahun ketika dibuli di sekolah menengah. - Christa Haggai Ramey

WASHINGTON – Panel juri di Amerika Syarikat membuat keputusan memberikan pampasan berjumlah AS$1 juta (RM4.48 juta) kepada seorang remaja perempuan di California kerana pihak berkuasa pendidikan gagal melindunginya daripada pembuli semasa di sekolah menengah, lapor saluran berita NBC News kelmarin. 

Eleri Irons, kini 18 tahun, bersekolah di Sekolah Menengah El Segundo ketika berusia 13 tahun. Tiga rakan sekelas membulinya antara November 2017 hingga Jun 2018, demikian menurut tuntutan mahkamah pada April 2019.

Perbuatan buli itu termasuk gangguan lisan, menyebar khabar angin jahat dan mesej teks menghina secara berterusan, demikian menurut tuntutan di mahkamah.

Irons dibuli di kawasan sekolah dan ketika lawatan lapangan. Ketiga-tiga pembuli remaja itu memulakan petisyen ‘Let’s Kill Eleri Irons’ pada Jun 2018.

“Apabila petisyen itu diketahui oleh guru, mereka gagal memaklumkan kepada ibu bapa (pihak yang menuntut) dalam apa jua cara.

“Kecuaian teruk oleh sekolah, guru, pengetua dan pihak berkuasa pendidikan daerah mengakibatkan trauma fizikal dan psikologi yang teruk terhadap pihak yang membuat tuntutan,” kata saman itu.

Peguam Irons, Christa Ramey berkata, buli yang berpanjangan terhadap anak guamnya menyebabkan dia mengelar dirinya sendiri dan didiagnosis dengan Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI