fbpx

Bekas perunding unit amanah didenda RM2 juta kerana menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda sebanyak RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah kerana menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1.32 juta.

SC dalam kenyataan berkata, Harani Kamarudin, didenda kerana menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019.

“Sebahagian daripada penipuan yang dibuat untuk menarik perhatian mangsa melabur dengannya adalah membuat pernyataan palsu tentang sifat dan ciri pelaburan menjamin hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa yang tidak menjadi kenyataan.

“Dia telah melanggar seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah),” katanya hari ini.

Sehubungan itu, SC menyatakan, penemuan pelanggaran dan sekatan yang dikenakan ke atas Harani dibuat selepas melalui proses sewajarnya termasuk memberikan peluang kepada beliau untuk menjawab mengenai kesalahan itu dan keputusan SC. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI