fbpx

Tujuh lelaki ditahan gaduh malam merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kejadian pergaduhan di tepi Jalan Mentakab di Temerloh malam semalam.

TEMERLOH – Polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan Mentakab di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar bandar Mentakab di sini.

“Pihak polis juga akan meneruskan usaha mengesan saki baki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan ini .

“Polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya berdasarkan video berdurasi lapan saat yang tular di media sosial, ia dipercayai berlaku antara pukul 12.05 tengah malam hingga 12.20 tengah malam pada 31 Ogos lalu.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan melakukan gaduh gempar di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI