fbpx

Mahkamah: Pihak-pihak perlu berhujah permohonan Rosmah hakim tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika hadir di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari mengarahkan pihak-pihak berhujah berhubung permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar kes rasuah itu menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan.

P

“Anda memfailkan sijil perakuan segera pada petang sebelum Hari Kebangsaan (cuti umum) dan saya mengambil masa untuk membacanya. Sepatutnya sudah bersedia.

“Saya sudah berasa tidak ada keperluan untuk menyangkal. Ia membabitkan saya, bukankah anda rasa saya sahaja yang boleh menjawabnya? Anda tidak rasa begitu? Saya mahu dengar permohonan itu sekarang,” kata hakim Mohamed Zaini.

Sepatutnya, pagi ini mahkamah akan mengeluarkan keputusan sama ada Rosmah disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan rasuah itu namun keputusan belum dapat dikeluarkan berikutan mahkamah perlu mendengar permohonan terbaharu Rosmah itu.

Kelmarin, Rosmah dalam notis usul yang difailkan dan afidavit sokongan yang diikrarkannya, isteri bekas Perdana Menteri meragui integriti hakim berkenaan ekoran insiden pembocoran dokumen penghakiman yang disiarkan oleh sebuah portal berita.

Kes ketirisan dokumen mahkamah itu kini disiasat polis di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 ( kerana kesalahan membocorkan maklumat), Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Rosmah menyatakan, pendedahan penulis artikel itu menyebabkan beliau hilang kepercayaan terhadap Mohamed Zaini untuk menghakimi kes projek solar dan selanjutnya mengumumkan keputusan yang dijadualkan esok.

Rosmah selaku pemohon menyatakan, perbuatan menyediakan penghakiman oleh pihak ketiga  melanggar Kod Etika Hakim dan Kod Etika Pegawai Kehakiman kerana hakim berkenaan tidak menyediakan keputusan dan penghakiman sendiri.

Sehubungan itu, Rosmah memohon Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada keseluruhan perbicaraan manakala keputusan yang dijadualkan digantung sementara menunggu pelupusan permohonannya.

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI