fbpx

Hujan lebat di Perak, Kelantan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda daerah Hulu Perak, Hilir Perak dan Batang Padang di Perak.

Bagi sebelah Pantai Timur pula, ia meliputi Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang di Kelantan serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Maran di Pahang.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Johor yang hanya tertumpu di kawasan Batu Pahat.

“Hujan lebat di Sarawak dijangka melibatkan Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang (Limbang).

“Sabah pula membabitkan Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlanjutan sehingga pukul 9 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI