fbpx

Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang guru membersihkan kepala pelajarnya yang dipenuhi kutu. - TikTok

JAKARTA – Seorang guru tular di media sosial Indonesia apabila memuat naik klip video memaparkan dia memotong rambut dan membersihkan kepala pelajarnya yang dipenuhi kutu, lapor laman berita Wolipop.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @zeraazzahra.

Guru bernama Zera itu membawa seorang pelajar perempuan ke luar kelas. Dia meminta pelajar tersebut duduk sambil rambutnya digunting sedikit demi sedikit.

Zera kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tau rambutnya dipenuhi kutu.

“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab gadis itu.

Menurut Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak. 

Apabila disikat, banyak kutu kelihatan gugur di atas alas yang dihampar manakala ada yang masih hidup. Zera berkata, ini kali pertama dia mengendalikan pelajar yang mempunyai banyak kutu di rambutnya.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jarang-jarang cikgu sudi beri perhatian kepada pelajar begini, semoga sihat selalu cikgu,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI