fbpx

Tonton hasil karya anak lokal sempena Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Toy Story dan Ejen Ali antara naskhah yang mendapat sentuhan anak tempatan ditayangkan menerusi Disney+ Hotstar sempena sambutan kemerdekaan.

SEMPENA Merdeka ini, Disney+ Hotstar mengambil kesempatan memperkenalkan enam anak Malaysia berbakat yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan.

Dari siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyentuh sanubari, anak-anak Malaysia tersebut mengharumkan nama negara di persada global.

Tatkala meraikan sambutan penuh bermakna ini, penonton boleh menstrim hasil-hasil karya mereka secara eksklusif menerusi Disney+ Hotstar.

RAYA THE LAST DRAGON
Adele Lim (Penulis skrin)

ADELE Lim menikmati kejayaan karier di televisyen Amerika Syarikat dan terkenal dengan penulisan skrinnya yang menonjolkan budaya Asia. Filem animasi Raya and The Last Dragon yang memaparkan puteri Asia Tenggara Disney buat julung kalinya menyerlahkan keupayaan Adele dalam mempersembahkan budaya Asia secara asli. Filem yang diterbitkan tahun lalu memenangi banyak anugerah antaranya menerusi International Film Music Critics Association Awards 2022.

FILEM Raya and The Last Dragon memaparkan kisah puteri Asia Tenggara.

EJEN ALI
Muhammad Usamah Zaid Yasin (pengasas bersama dan Pengarah Urusan Wau Animation)

BUKAN sahaja satu kebanggaan Malaysia, Ejen Ali turut menjadi kegemaran ramai, khususnya untuk WAUriors. Usamah Zaid adalah pencetus ilham dan pencipta utama di sebalik francais animasi yang memenangi pelbagai anugerah tersebut. Musim ketiga rancangan berkenaan disiarkan secara eksklusif menerusi Disney+ Hotstar di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand sekali gus menjana populariti di tanah air. Ikuti Ejen Ali musim pertama, kedua dan ketiga (Bahagian Pertama), Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali: Misi Juang. Lebih mengujakan, Ejen Ali Musim 3 (Bahagian Dua) akan diteruskan lagi selepas penampilan mengejut Rizwan di tengah-tengah huru-hara yang tercetus di Pusat Sains Cyberjaya! Bahagian Kedua akan disiarkan dalam Disney+ Hotstar pada Disember depan. Jadi, jangan ke mana-mana!

LUCA
Kiki Poh Mei Kee (Pengarah teknikal di Pixar Animation Studios)

SEBAGAI animator Pixar Malaysia pertama yang pakar dalam teduhan (shading) dan dandanan (grooming), Kiki Poh merupakan inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia yang bertekad menjadi animator yang mahir. Kiki mengaplikasikan seni teduhannya pada tekstur permukaan dan warna watak dengan penuh ketelitian. Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, beliau sudah terlibat dalam beberapa animasi yang terulung dan memenangi anugerah. Antaranya Luca, Onward, Cars 3, Finding Dory dan Inside Out.

SENTUHAN magis Kiki Poh Mei Kee sebagai animator dalam filem Luca menjadikan naskhah ini kelihatan realistik.

TOY STORY
Andrea Goh Siau Wei, Ketua Susun Atur (kamera, pementasan) di Pixar Animation Studios

ANDREA Goh merupakan artis susun atur di Pixar Animation Studios. Antara pencapaian terbesarnya adalah mengambil bahagian dalam penerbitan Toy Story 4. Andrea juga seorang pembuat filem dan pengarah teknikal yang serba mahir. Beliau turut berkecimpung dalam medium animasi lain seperti permodelan, ukiran dan sebagainya. Bakat beliau yang versatil terserlah dalam animasi-animasi popular lain seperti Incredibles 2, Coco dan Cars 3.

TURNING RED
Lyon Liew (Pengarah Teknikal simulasi di Pixar Animation Studios)

LYON Liew, anak kelahiran Melaka menghasilkan pelbagai animasi termasuk Turning Red yang disukai ramai. Mengambil kira setiap perincian, Lyon mengetuai pasukannya untuk menghidupkan watak Mei dengan membuat pakaian, rambut, prop dan bulu panda merah gergasinya yang bergerak secara realistik. Minat mendalamnya terhadap penceritaan visual menonjolkan ciri estetika dan budaya Asia dalam skrin dan juga pentas global. Nikmatilah hasil karya beliau lain yang hebat dalam beberapa filem lain iaitu Luca, Incredibles 2, dan Coco.

‘AIR tangan’ Lyon Liew menghidupkan kesemua watak dalam filem Turning Red.

ENCANTO
Alvin Wee (Pengadun muzik, jurutera rakaman dan penerbit muzik)

ANAK kelahiran Sarawak, Alvin Wee merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Adunan Bunyi menerusi filem Encanto. Bukan itu sahaja, hasil karya tersebut turut membolehkan beliau merangkul Anugerah Pencapaian Kerjaya berprestij untuk adunan bunyi oleh Cinema Audio Society. Gubahan runut bunyi yang indah tersebut berjaya menambat hati penonton global, sekali gus membolehkan animasi berkenaan mendapat tiga pencalonan dalam Anugerah Akademi.

FILEM Encanto ditayangkan pada November tahun lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI