MEMBENTUK hutan rumpai laut yang luas di sepanjang garis pantai dapat menyerap sejumlah besar karbon di atmosfera.
Bagaimanapun, berdasarkan kajian oleh Karen Filbee Dexter dari Universiti Western Australia dan juga penyelidik di Institut Penyelidikan Marin yang disiarkan dalam jurnal PLOS Biology mendedahkan, pemanasan lautan boleh mengurangkan kapasiti hutan rumpai laut untuk memerangkap karbon bagi jangka masa panjang.
Kesan perubahan iklim juga memburukkan lagi masalah itu.
Untuk memahami bagaimana kapasiti hutan rumpai laut membina simpanan karbon jangka panjang akan berubah apabila iklim semakin panas, penyelidik menyiasat kadar penguraian rumpai laut di 35 lokasi di seluruh Hemisfera Utara.
Mereka mengumpul serpihan rumpai laut segar dan meletakkannya dalam beg jaring dalam sangkar plastik dan membenarkan air dan mikrob mengalir, selain meletakkannya di dasar laut selama empat hingga 18 minggu.
Mereka mendapati, suhu laut mempunyai pengaruh kuat terhadap kadar penguraian, dengan serpihan rumpai laut di perairan yang lebih sejuk merosot dengan lebih perlahan.
Ini menunjukkan bahawa penguraian rumpai laut cukup perlahan.
Kenaikan suhu laut yang berterusan akibat perubahan iklim boleh mempercepatkan penguraian, mengurangkan jumlah karbon yang disimpan untuk jangka masa panjang.
Unjuran peningkatan suhu laut sebanyak 0.4 darjah Celsius menjelang 2050 boleh mengurangkan potensi penyerapan karbon bagi rumpai laut sebanyak sembilan peratus.














