fbpx

Selesema burung ditakuti cetus pandemik global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja kesihatan India memeriksa leher ayam semasa wabak influenza burung H5N1 di negara itu. - AFP

LONDON – Pakar-pakar  kesihatan mendedahkan bahawa  virus pencetus  pandemik seterusnya mungkin sudah mula menular di Britain menerusi wabak selesema burung, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Sebilangan pakar percaya wabak selesema burung (H5N1)  kini di ambang baharu dan berkemungkinan menjangkiti manusia selepas kes terbesar direkodkan dalam kalangan burung liar di samping ternakan ayam dan itik pada tahun lalu.

Mereka bimbang peningkatan jangkitan selesema burung terhadap unggas liar dan ternakan akan mendorong H5N1  bermutasi dan menjangkiti manusia. Ini kata mereka, akan mencetuskan krisis global yang lebih membawa maut berbanding pandemik Covid-19.

Virus  itu  menjangkiti  lebih 22 juta ekor burung dan ayam di seluruh dunia sejak September 2021, meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Bukan sahaja pantas merebak, virus itu  juga membunuh pada skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Senario tersebut mendorong sesetengah  pakar mengatakan bahawa H5N1  adalah varian selesema burung  paling membawa maut setakat ini.

Di Britain, bangkai burung boleh dilihat berselerakan di pantai-pantai atau pulau-pulau di luar Scotland dan pantai timur negara itu sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini, banyak burung camar juga didapati  ‘jatuh dari langit’ di Brighton.

Badan amal, The Cornwall Wildlife Trust mengeluarkan amaran pada minggu lalu yang menggesa orang ramai  supaya menjauhi burung laut yang sakit ataupun mati. Mereka diminta tidak menyentuhnya dalam apa jua keadaan sekali pun.

Pakar penyakit berjangkit  Universiti East Anglia, Profesor Paul Hunter  berkata,  situasi sekarang bukanlah tentang kemungkinan selesema burung akan menyebabkan pandemik seterusnya tetapi lebih kepada bilakah  ia akan berlaku.

“Sama ada ia berlaku semasa zaman saya atau anak cucu saya, ia bukan sesuatu yang saya mahu ramalkan.

“Meskipun risikonya kecil iaitu hanya 860 orang telah dijangkiti H5N1 sejak 2003, ini boleh membuka ruang kepada mutasi yang diperlukan untuk merebak pada manusia,” tegas  Hunter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI