fbpx

Hujan lebat di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan melibatkan lapan negeri petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini.

“Ia dijangka di Perak melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin,” kata MetMalaysia hari ini.

Cuaca buruk itu juga dijangka melanda seluruh kawasan Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling serta Hulu Langat.

Bagi sebelah selatan, hujan lebat dijangka membadai Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin di Negeri Sembilan serta Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing di Johor.

“Sarawak pula melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang

“Sementara itu, Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI