fbpx

Mencipta kelainan julang Afiq, Roslie raih mata tertinggi Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD. AFIQ ZAFRI

Berani cipta kelainan julang Afiq pada Liga Fantasi

BERANI cipta kelainan menjadi rahsia kejayaan buat Muhd. Afiq Zafri apabila tindakannya memi­lih pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold selaku kapten pasukan membuahkan hasil, sekali gus muncul salah seorang pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!.

Keputusan mengenepikan Mohamed Salah selaku kapten minggu lalu ternyata menjadi percaturan berbaloi apabila penyerang antarabangsa Mesir itu sekadar mengutip tiga mata meskipun Liverpool berpesta gol membelasah Bournemouth 9-0 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) baru-baru ini.

“Ini kali kedua saya sertai Liga Fantasi Kosmo! dan pada asalnya hanya suka-suka. Terus terang saya katakan tindakan saya cipta kelainan dengan memilih Alexander-Arnold sebagai kap­ten pasukan adalah tepat. Meskipun lawan arus, ia menjadi penyumbang mata bagi saya minggu ini.

“Saya lihat ramai pengurus pasukan memilih Salah selaku kapten pasukan, namun saya yakin penyumbang mata terbanyak pasukan saya mungkin hadir menerusi pemain pertahanan. Risiko saya ambil benar-benar berbaloi.

“Mungkin selepas ini saya akan buat pertaruhan yang lebih bijak untuk memastikan saya mampu berada tangga teratas Liga Fantasi Kosmo! dan seterusya muncul juara keseluruhan musim ini nanti,” katanya dari Ampang, Selangor.

 

ROSLIE RUSMIN

Keutamaan Roslie buru hadiah utama hujung musim

Walaupun terlepas pandang wujudnya pemenang mingguan, rezeki tetap berpihak kepada Roslie Rusmin yang berjaya berada dalam senarai lima pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo!

Percaturannya memilih beberapa pemain yang jarang menjadi pilihan pengurus lain jelas menjadi percaturan berbaloi kerana keutamaannya adalah untuk mengejar kedudukan lebih atas bagi memburu hadiah utama.

“Saya dapat rasakan yang Mohamed Salah tidak akan menjadi dan daripada skuad Liverpool, saya pilih Trent Alexander-Arnold dan Lui Diaz. Memang saya target Alexander-Arnold dan Erling Haaland untuk menyumbangkan lebih banyak mata.

“Kebiasaan saya rujuk di group Telegram dan saya letakkan Diaz sebagai kapten. Ramai orang jadikan Salah sebagai kapten tetapi bagi saya, pemilihan Diaz sebagai percaturan berani untuk mencari kelainan, sekali gus membuka peluang untuk saya mengejar kedudukan lebih atas.

“Kalau ikutkan, saya hanya kejar hadiah utama dan tidak pernah tahu ada hadiah mingguan. Apa pun mungkin ini rezeki saya,” kata Roslie penuh gembira.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI