fbpx

IDW SuperApps mudahkan urusan senibina rumah idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mencuba teknologi canggih yang dipamerkan sempena program UDA USHA Niaga Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – IDW Design & Build (IDW) mahu membantu satu juta pelanggan untuk memiliki rumah yang cantik, selesa dan cantik bersesuaian dengan kehendak masing-masing melalui perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat serba canggih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Atiqah Mohamad Hanafiah berkata, bagi merealisasikan sasaran tersebut, syarikat telah membangunkan aplikasi IDW SuperApps yang dapat membantu ramai orang untuk mendapatkan rumah yang cantik dan selesa hanya di hujung jari sahaja.

Menurutnya, pelanggan boleh memuat turun aplikasi termasuk juga untuk sesi perundingan malah turut ditawarkan adalah perkhidmatan untuk menyelesaikan masalah harian pelanggan seperti mencari tukang paip, juru elektrik dan barangan keperluan rumah.

“Lebih menarik direktori tersebut boleh mengesan lokasi berdekatan rumah pelanggan, jadi ini akan memudahkan urusan mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Seiring usaha syarikat untuk mempromosikan perkhidmatan tersebut khususnya teknologi metaversa, IDW telah menyertai program UDA USHA Niaga Keluarga Malaysia di sini yang mana majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Teknologi metaversa telah memberi pendedahan yang luar biasa melalui pengalaman 3D visual dalam melihat hasil rumah berdasarkan reka bentuk yang dipilih.

Kejayaan syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri tersebut sejak 2007 itu telah menarik minat Ismail Sabri berkunjung ke tapak pameran syarikat dan beliau telah diberi penerangan mengenai teknologi berkenaan.

Menurut Atiqah, teknologi oculus dapat membantu reka bentuk hiasan dalaman ke arah lebih produktif dan komprehensif dalam mencapai visi syarikat memperkenalkan teknologi terkini dalam rekaan hiasan dalaman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI