fbpx

Hubungan istimewa? ‘No comment’ – Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN menjelaskan, dia dan Aedy mula rapat sejak sama-sama terlibat dalam drama Project: Anchor SPM.

PETALING JAYA – Penyanyi cantik Daiyan Trisha mengambil pendekatan mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan istimewanya dengan pelakon Aedy Ashraf.

Daiyan berkata, dia dan Aedy selesa berkawan dan sudah mengenali antara satu sama lain sejak sama-sama terlibat menerusi drama Project: Anchor SPM beberapa tahun lalu.

“Bab hubungan istimewa itu no comment (tiada komen),” katanya ringkas.

Pada masa sama, pelantun lagu Penat itu memberitahu, tiket konsert Coldplay di Stadium Wembley, London, England yang dihadiri mereka baru-baru ini merupakan pemberian istimewa Aedy sempena ulang tahun kelahirannya.

Katanya, Aedy membelikan tiket konsert berkenaan sejak tahun lepas dan mereka bersetuju untuk pergi menonton konsert tersebut bersama-sama.

“Saya baru pulang dari New York dan London. Ketika berada di London, saya berpeluang menonton konsert kumpulan kegemaran saya, Coldplay.

“Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, tiket untuk konsert itu diberikan oleh Aedy sebagai hadiah hari lahir saya sejak tahun lepas lagi.

“Jadi, saya dan Aedy ambil keputusan untuk pergi berdua menonton konsert berkenaan,” katanya yang bakal muncul dengan drama siri premium terbaharu terbitan Astro iaitu Project High Council tidak lama lagi.

Terdahulu, hubungan akrab Daiyan dan Aedy menimbulkan tanda tanya ramai apabila mereka dilihat hadir bersama ke konsert kumpulan terkenal, Coldplay di Stadium Wembley baru-baru ini.

Mencuri perhatian, perkongsian dalam Instagram dua pelakon itu menjadi buah mulut apabila mereka memuat naik foto mesra bersama sepanjang menonton konsert tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berteka-teki tentang hubungan mereka hingga ada yang mendakwa kedua-duanya sedang dilamun cinta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI