fbpx
ANTONY (kiri) hanya menanti masa untuk diumumkan sebagai pembelian baharu United dalam masa terdekat.

Bintang idaman kini milik The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Pemain sayap lincah Ajax, Antony bakal melengkapkan perpindahan ke Manchester United selepas ke­dua-dua pasukan mencapai kata sepakat berhubung yuran perpindahan keseluruhan bernilai £85 juta (RM445.04 juta).

Difahamkan, United akan membuat pembayaran pertama sebanyak £80.75 juta (RM422.78 juta) serta bayaran tambahan £4.25 juta (RM22.25 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun dari Brazil itu.

Meskipun keberatan untuk melepaskan Antony, namun Ajax terpaksa membenarkan aset pa­ling bernilai kelab itu untuk menyertai The Red Devils selepas dia secara terbuka menyatakan keinginan berhijrah ke England.

“Sejak Februari lagi ejen saya sudah memberitahu Ajax berhubung hasrat untuk meninggalkan pasukan bagi mencari cabaran baharu.

“Ada beberapa pasukan yang berminat dan tawaran mereka sangat baik.

“Ketika jendela perpindahan kali ini, Ajax turut membuat tawaran untuk memperbaharui kontrak tetapi saya tidak berminat. Saya sekali lagi menjelaskan mahu meninggalkan pasukan,” kata Antony.

Perpindahan itu sekali gus bakal menyaksikan pemain tersebut kembali bekerjasama dengan pengurus United, Erik ten Hag selepas pernah beraksi di bawah bimbingan jurulatih dari Belanda itu bersama Ajax sebelum ini.

Pada masa sama, United juga dikatakan masih belum berputus asa memujuk seorang lagi pemain sayap daripada PSV Eindhoven iaitu Cody Gakpo berhij­rah ke Old Trafford walaupun sudah mencapai kata sepakat mendapatkan khidmat Antony. – AGENSI

POPULAR