fbpx
Seorang wanita warga emas dipercayai keluar beriadah di kawasan Pantai Tanjung Aru ditemui meninggal dunia pagi tadi./ FOTO IHSAN POLIS

Wanita warga emas ditemui mati di tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang wanita warga emas yang dipercayai keluar beriadah di kawasan Pantai Tanjung Aru ditemui meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa warga tempatan yang berusia 73 tahun itu ditemui kira-kira pukul 6.30 pagi oleh orang awam sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, sepasukan polis terus dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, mangsa ditemui terdampar di Pantai Tanjung Aru 3, berhampiran Stesen Meteorologi Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen 2 dipercayai pergi ke kawasan pantai berkenaan untuk beriadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaidi, polis turut menemui kunci, dompet dan telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam kenderaan terbabit.

Jelasnya, mangsa dipercayai berjalan-jalan di pantai berkenaan sebelum rebah dan meninggal dunia..

“Sementara itu, polis belum mengesan sebarang kecederaan atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Oleh itu, kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) dan orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR