fbpx

UKKM dibuka dengan 500 penuntut bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh meninjau tapak pameran IPT tempatan di program itu.

SABAK BERNAM – Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan beroperasi secara rasmi menerusi pengambilan seramai 500 penuntut bermula bulan depan.

Kesemua mereka akan ditempatkan sementara di Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Petaling Jaya sebelum kampus utama dibuka di Cyberjaya kelak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, penuntut itu terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pelbagai jurusan disediakan universiti baharu berkenaan.

Kata beliau, setakat ini UKKM masih menunggu kelulusan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Buat masa ini, kita hanya akan mengambil 500 penuntut bagi peringkat diploma dan ijazah dalam pelbagai jurusan terutama keusahawanan.

“Mereka terlebih dulu akan ditempatkan di kampus sementara di IKMa sebelum dipindahkan ke kampus induk kelak,” katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan, Koperasi dan Pendidikan Parlimen Sabak Bernam 2022 di Dataran Usahawan di sini, hari ini.

Karnival anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) selama dua hari itu disertai 20 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta selain usahawan tempatan.

Jelas Noh, UKKM turut menawarkan pengajian sehingga peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

“Ia antaranya dibuka kepada penuntut IKMa sedia ada yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat berkenaan nanti.

“Selain itu, universiti berkenaan memberi peluang kepada mereka yang sudah mempunyai diploma keusahawanan untuk meneruskannya di peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Tambah beliau, penubuhan universi pertama di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu dianggap antara usaha jitu kerajaan dalam membantu pembangunan usahawan terutama belia. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI