fbpx

Bayi 10 bulan maut selepas dihantar rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran ibu bayi di laman Facebooknya mengenai kematian anaknya itu

SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggal dunia dipercayai selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17, di sini, baru-baru ini.

Bayi itu dikenali Nur Awliya Delisha Mohd. Khairul disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 33 tahun kira-kira pukul 8 malam pada 19 Ogos lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut merupakan anak tunggal kepada pengadu yang merupakan pegawai keselamatan di sebuah kilang di Kota Kemuning.

“Berdasarkan siasatan pengadu dan isteri telah ke rumah pengasuh pada pukul 4 petang pada 19 Ogos lalu setelah dimaklumkan bahawa anak pengadu tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan di Hospital Pakar Shah Alam (SALAM), di Seksyen 19 mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki ada pendarahan di otak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di HSA selang tiga hari kemudian dengan keputusan hasil bedah siasat adalah ‘pending laboratory investigation’.

Kata Mohd. Iqbal, siasatan turut mendapati pengasuh bayi itu berusia 36 tahun serta sedang mengandung lima bulan.

“Pengasuh itu menjaga lapan orang kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.

Terdahulu insiden itu tular menerusi hantaran seorang wanita mengenai kejadian menimpa anaknya sehingga meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuh di Seksyen 17, di sini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI