fbpx
Bung ketika ditemui selepas mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, WTCKL sebentar tadi.

Mesyuarat MKT UMNO tidak bincang tarikh PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin memaklumkan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan sebentar tadi tidak membincangkan tarikh pilihan raya.

Sebaliknya kata beliau, mesyuarat yang berlangsung lebih tiga jam itu hanya membincangkan solidariti memperkukuhkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata beliau, soal tarikh pilihan raya bila akan diadakan adalah hak Perdana Menteri dan jelasnya biar beliau yang putuskan kelak.

“Kita tak bincang (tarikh pilihan raya), itu hak Perdana Menteri,” katanya ringkas selepas mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu turut membincangkan soal kestabilan ekonomi dan negara.

“Benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti, parti kuat, calon kita menang,”ujarnya.

Sementara itu, rata-rata ahli MKT UMNO lain mengambil sikap ‘mengunci mulut’ ketika pihak media cuba menemubual mereka.

Manakala, para pemimpin tertinggi parti itu pula menggunakan laluan lain untuk mengelak pihak media selepas selesai mesyurat berkenaan.-KOSMO! ONLINE

POPULAR