fbpx

Kerajaan cari individu, kumpulan hina Islam sampai lubang cacing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (tengah) menyaksikan penyampaian repilika kunci van jenazah di Masjid Mukim Ar-Rahman Kampung Repek, Bachok hari ini.

BACHOK – Kerajaan tidak akan melepaskan kumpulan atau individu yang bertindak menghina kesucian agama Islam bagi memastikan pelakunya dapat dibawa ke muka pengadilan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan mencari pelaku yang berbuat demikian sehingga ke lubang cacing sekali gus mencerminkan ketegasan dalam membendung perkara itu daripada terus berlaku pada masa hadapan.

Menurutnya, hukuman yang dikenakan ke atas pelaku bersabit kes menghina Islam sebelum ini jelas menunjukkan kerajaan serius mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

“Pihak yang membangkitkan mengenai perkara ini (hina Islam) sama ada di media sosial dalam bentuk ucapan atau penulisan, perkataan dan perbuatan tidak terlepas daripada tindakan.

“Sekiranya siasatan membuktikan pelaku bersalah, mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada termasuk denda atau penjara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Replika Kunci Van Jenazah Dan Sumbangan Musaadah Bencana di Masjid Mukim Ar-Rahman Kampung Repek di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata demikian ketika diminta untuk mengulas isu penghinaan terhadap agama Islam yang dilihat semakin banyak berlaku terutamanya menerusi media sosial ketika ini.

Menurutnya, beliau berharap orang ramai tidak membangkitkan mengenai perkara yang melibatkan penghinaan terhadap agama Islam kerana kerajaan telah mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Kerajaan sudah bergerak mengatasi masalah itu berlandaskan kepada undang-undang yang ada sama ada syariah atau sivil.

“Kita sentiasa serius dan tegas dalam menangani masalah berkait dengan isu penghinaan agama terutamanya agama Islam di negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI